Telah ku tinggalkan semalam,
Untuk hari ini.
Telah ku cuci lumpur di muka,
Agar senyuman dapat kau lukis.
Semalam aku bukan begini,
Dan harini aku bukan begini.
Semalam ku remaja,
Hari ini aku bergelar mama.
Mungkin, aku muda.
Mungkin aku lurus.
Yang bisa kau pijak,
Caci maki.
Tapi aku, biasa.
Tak goyah.
Semalam aku bergembira,
Diselit duka kerana durjana dunia.
Hari ini aku gembira tak terkata,
Di kurnia tiga jejaka.
Alhamdulillah.
Sesungguhnya, Allah itu maha adil. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Takkan baru di uji sebesar zarah kau lupa segala nikmat dilimpah ruah? Tak berbaloi tangisan itu, untuk secebis kesedihan untuk mengimbangi kesenangan. Bersyukurlah manusia.