Kalau tak berimaginasi, macam mana nak bersedia menghadapi?
Hidup ni tak boleh duga, rancang sahaja mampu.
Allah tentukan.
Yes, aku otak kiri.
Memang aku lebihkan.
Sebab aku suka macam tu.
Bila benda jadi, aku suka jangka benda itu akan jadi..
Seteruk-teruk masalah.
Biar lega mendapat berita,
Tak setanding jangkaan.
Biar jangkaan sebesar istana,
Hakikatnya sekecil pondok.
Itu aku.
Tapi bila terbalik, aku yang sakit.
Aku suka berharap.
Aku suka bayangkan.
Bila ditolak, sakit.
Kenapa kau Ryena?
Biar orang kata gila,
Janji tak kacau orang.
Sakit sendiri,
Mati sendiri jugak.