Products

Heyhooo nak jadi salesgirl harini. Haha bagi chance lah eh? Okay I kan preknon sekarang and untuk menaikkan HB dalam darah, I makan Iberet Folic yang boleh didapati di farmasi, agak mahal jugak tapi memang berbaloi. Dulu time preknonkan Harraz, last check bawah 10. Sebulan lepas tu naik sampai 11.6. Mana tak happy diknonnn. Terus berkeyakinan nak bersalin haha. Lepas bersalin tu memang I tak jaga diri. :( Menyesal pun ada. Pantang tu memang pantang tapi tak makan jamu-jamu semua, takda letak benda-benda kat muka tu. Tapi this pregnancy memang nekad nak jaga elok-elok sebab, zaman bercinta dengan suami sudah kembali. Hehe, kena jaga balik ni kang tak pasal-pasal melepas. Ternganga kau leha. 21 anak 2 tak jaga badan sayanglah, jaga dari sekarang, baru la laki melekatz. So I akan ambik set berpantang Shaklee. Jangan suruh hubungi saya ke apa ke, sebab mak I memang jual Shaklee so dapat dari dia. Haha.

Pasal penurunan berat badan, I tak risau sangat sebab dulu time bersalinkan Harraz pun maintain je pakai bodycon dress takdak perut pun. Menipulah takdak. Haha adalah sikit tapi yakin dengan penggunaan bengkung dapatlah mengempiskan perut. Haa bab skincare ni nak tekankan lebih-lebih sikit. Seperti mana yang kalian tahu, I beruntung dapat anak yang putih melepak. Hehe sebab ikut daddy dia kan, semalam I cakap eh ramai puji Harraz handsome. Thanks B sponsor muka. Haha sebab muka Harraz takda muka I pun, tang mata kot sikit? Daddy dia jangan cakap ah memang keturunan cina, memang putih tapi sekarang dah gelap sikit asyik Outdoor Catering je. So, I nak ambik Perla Coffee lepas baca review Kak Fynn Jamal kat isnta, macam memberangsangkan. Nampak sangat stalk kaw-kaw sebab memang tu post yang teramatlah lama sekali. Hehe memang pun, kalau boleh nak tengok video Juna dari kecik sampai paling latest tapi asyik crash je. Tak mampu menahan kecomelan Juna dan kerakusan I scroll down kot. Haha

Tu lah, Perla Coffee. Sekarang nak ambik, takut ada side effect kat baby kan, tetiba keluar terlebih putih takut jugak. Haha. Juga, saya ada masalah peribadi yang mengharuskan saya mengambil Harum Malam. Masalah ni sangat melawakkan, sampai daddy kata senanglah na nak beranak lepas ni. Hahaha. Hope readers semua perempuan. Dah nama pun mak orang. Apedehallll. Lastly rasanya, nak ambik supplement yang menghilangkan resdung kot. Memang seksa penangan resdung ni. Habis gatal, layan corong asap pun tak jadi apa. Semoga I tabah menghadapi resdung.

Itu je lah kot setakat ni.


  1. Iberet folic
  2. Shaklee 
  3. Perla Coffee
  4. Harum Malam
  5. Ubat Resdung 
  6. ABP26 (to be considered) kalau rasa gemuk sangat lepas bersalin. I jual ABP ni.
Kboiiiii