oh 3 hari tak update blog

ke mana kau menghilang Sabariah? Sepurnama aku menanti, seusia aku mencari, ke mana kau? Haha mengada sangat ni. Takda hilang pun, ada je ni. Pagi ni hantar Harraz pergi taska. Makin hari makin hilang wajah keMelayuan Harraz ni. Dah macam anak siam harini, mak kata Harraz nampak macam orang Sabah yang pure Bajau punya. Haha kang tengok mama dia macam Indon. Makin peliklah orang sekeliling kang. So lepas ni nak putihkan kulit sikit, reshape muka, pastu sepetkan mata. Barulah sama.

Sejujurnya I tak ingat apa terjadi Jumaat lepas, apa yang I lalui semua macam dah blank. Hilang dari ingatan sebab banyak sangat info yang singgah dan menjadi penghuni kekal so I ingat Sabtu je. I makan sushi banyak gilaaaaaaa yummm. Semalam makan kenny rogers, aunty anne, roti boy malam makan nasi mamak. Nasi mamak jugak win! Semalam birthday mak, celebrate kat Setia City Mall. Sempat shopping kat H&M tapi baju Harraz je. Entah kenapa I dah tak rasa nak berpesen. Tengok baju semua tak lawa padahal dulu boleh je grab grab grab bayar. Ni tengok dari ladies section, ke kids ke babies ke men, melekatnya kat babies jugak. Dapatlah Harraz 5 pasang stokin, 2 pasang baju. Dahlah abah belanja setahun sekali. -.-' First thing I fikir, oh Harraz takda baju, Harraz takda stokin. Harraz takda baju jalan. Bila tengok baju I, eh mahal lah, tak perlu kot, tunggu sale lah, tunggu rayalah. Nampak sangat dah tua. :( Makin tua duit ni makin berharga, kalau boleh 50 tu nak beli 10 benda. *hint, daiso. Haha tapi daiso Rawang dah bosan. Nak jugak sekali sekala pergi yang jauh-jauh sikit.

Planning. Oh lama dah ditinggalkan. Katanya nak start yang chores planning on Saturday tapi bila fikir balik, it should be on Monday. Saturday Sunday kira macam cutilah, so macam tak tulis pun takpa sebab banyak helping hand. And also meal planner tu I nak ubah. From meal planner to meal intake. Apa yang I dah makan sebab I ni HB rendah, so ada jadual pemakanan yang I kena ikut to increase the HB level. Sebab tetiba rasa macam too much medication mestilah ada effect kat baby kan. So try to eat accordingly for a month, kalau tak jalan jugak then teruskan makan ubat. And also on my daily/weekly/monthly chores list I ada tambah ; salin langsir, tukar tuala. and kemas wardrobe. Salin langsir sebab I allergy habuk and takut Harraz pun allergy sebab dia ada ruam sekarang and tak pasti ruam tu sebab habuk ke, udara kotor ke, panas ke so untuk prevent dia allergy habuk, kenalah salin. Seksa kalau dapat eczema. Tergaru-garu member. Tuala kena weekly sebab kami pasangan romantis, kami kongsi tuala. Haha. Semak tuala banyak-banyak. Wardrobe sebab I jenis yang kalau nak keluar memang akan try at least 3-4 baju then di sorok ke dalam wardrobe sebab takut lambat bersiap. Ish ish mana nak menyempat dengan nak jaga anak lagi *alasan. Haha. And pagi lepas hantar Harraz  terus kemas katil senang.

itu je kot, nanti Sabariah blog lagi kayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy