MH370

Banyak spekulasi yang dicanang oleh pelbagai pihak dan kesahihannya seolah-olah tidak berlandas. Hari ini cerita ini, di mana anaknya amat merindui ibunya yang merupakan salah seorang penumpang yang hilang dan keesokannya, cerita itu tipu. Masya Allah wujud lagi manusia sebegini rupa. Tidak kurang juga yang berasa kurang selesa lalu mematahkan semangat keluarga yang terlibat untuk terus menunggu. Awak takkan tercalar sebab bukan keluarga awak yang kena. Cuba letak diri awak di tempat mereka, mereka di atas kapal, keluarga mereka, yang tak pernah berhenti mendoakan keselamatan dan menunggu kepulangan mereka. Nasib mereka di mana mereka berada kita tak tahu. Dah makan ke, selamat ke, masih bernyawa? Ada juga yang berani mempersoalkan tujuan penumpang yang terlibat pergi, katanya untuk melakukan maksiat lalu diturunkan bala kepada mereka dan mati dalam keadaan sebegitu. Masya Allah, dik sentiasalah bersangka baik pada orang. Sentiasa. Itu kan lebih baik? Akhir sekali, tentang potongan ayat Al-quran yang disiarkan semalam. Telah dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan potongan tersebut kerana ia jelas menyalahi method tafsir yang sahih, kata Ustaz Fathul Bari. Hanya Allah sahaja yang mengetahui nasib mereka dan jelas perancangan Allah sentiasa terbaik. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Janganlah memandai-mandai dan semakkan pemikiran orang lain.

p/s : tak faham kenapa ada anak muda yang sanggup menipu. seronoklah ramai yang ambil kisah tentang benda yang tak betul? famouslah awak sehari. seronok?

Teruskan berdoa, sesungguhnya doa itu senjata umat Islam.