Tips Penjimatan Hari Ini

Selesai blogwalking dan mendapat ilham yang uhhhhmazing! Macam tak pernah terfikir. Masa blogwalking ni tengah blurr blurr. I tengok orang organize peti ais dia di mana dia letak botol-botol sos macam kat kedai makan tu. And I pun, banyak pulak masa dia nak korek botol sos satu-satu pastu tuang pastu buang botol tu. Eee membazir. Then bila dia kata yang refill lagi murah I was like... Duhhh Ryena. Duhhh kan ada yang refill punya. -.-' Haihhh Ryena Ryena. So instead of membazir botol sos, botol kicap (eh ada ke?) dan balang mayonnaise, gunakalah botol macam kat kedai makan tu dan gunakan refill so takdalah membazir sangat kan, so pembuangan sampah pun dapat dikurangkan. :D


Haaa camginilahhh! Kan jimat sikitkan kos? Refill dia baru berapa, then label la cantik-cantik. Tak suka yang camgini, carilah yang fancy fancy. 


#2 : Waktu beli belah (mengurangkan penggunaan plastik)

Okay selalu kita pergi pasaraya kan, Selalunya Sabtu Ahad takda plastic bag, and korang kena either bayar 20 cents for each bag, letak dalam kotak and angkat kotak dengan harapan kotak tak lobos and jatuh or if you're lucky kena beli bag Jusco yang berapa ringgit tu kalau barang sikit. I selalunya bawak beg kecik tapi pergi Pasar Malam je lah kan sebab masa tu je rajin. Masa nak pergi Jusco teruja tahap tertinggi sampai lupa yang nawaitu nak shopping macam orang kurang siuman lalu, kenalah beli plastic banyak-banyak camgitu. So, solutionnya, korang bawaklah siap-siap satu bag besar, ikut keselesaan koranglah. Macam I jumpa kat internet harini, dia pakai bag besar yang stabil. Kalau pakai beg ikea tu boleh cuma takut barang berlanggar ke apa kan. Kang pecah pulak. Takpun bawak je kotak yang letak ikan tu. Bukan kotak, apa entah nama dia sorry taktau. Nampak sangat jarang teman abah pergi pasar beli ikan. Mihihi. Ambik 'kotak' tu letak dalam trolley so bila nak transfer barang ke dalam kereta, barang takdalah jauh atau terlanggar bila mak korang terdrift secara professional tetiba ataupun terlanggar bump secara tidak sengaja tapi tahap kekuatan mampu memecahkan tayar kerana jumlah berat manusia dalam kereta tu memang dah overload tak hingat. Haha. Kennn. So, inilah gambo nye.

Benda mat salleh, semua best-best. Cuba kat Malaysia. -.-' Kalau nak beli confirm mahal dengan shipping lagi, so kita redhalah dengan apa yang ada sehinggakan ada ibu bapa yang sanggup mendukung anak mereka dan menggantikan stroller sebagai trolley. Eh I tak pernah buat hokaiii. I sangkut je dekat handle dia tak pun letak kat storage bawah tu mihmihmih.



#3 : Missing Socks Department 

I suka sangat buat laundry, entah kenapa. Tapi I tak suka lipat dan gosok baju. I suka sidai baju and sort. Tu je. Haha. Dalam rumah ni selalu ada kes kehilangan stokin, ala rumah you alls pun pasti begitu kan? Yang menjadi mangsa 1st sekali Harraz sebab stokin dia cinonet sangat :( Omey omey gitu geramlah kan senang hilangnya. Daddy, abah and adik pakai stokin pergi kerja and sekolah. I pakai stokin kadang-kadang bila keluar ehemmm bukan nak menunjuk yang dah insaf. Memang stokin I paling susah nak cari sebab sebelah bukak depan pintu sebelah bukak dalam bilik. Haha cemana nak jumpa? Tinggal lah sebelah. :( Pastu bila jumpa sebelah lagi yang hilang tu, yang haritu jumpa pulak hilang entah ke mana. So harini, I akan letakkan satu bin for missing socks. Tapi untuk korang, gunakanlah imaginasi dan creativity kalian. Nescaya, rumah pasti nampak lebih ceria. Hahahaha. 


Kan molekkk gini. Tapi tak dapat muat banyaklah. Takpun gantikan yang papan tu dengan benang ke, ribbon ke kan. Decorate lah sikit nab oiiii. Barulah curlasss gojes. I alls tak buat gini I alls letak storage bin je sebab ni kan rumah abah I alls, dia memang dari dulu tak suka I alls lekat-lekat kat dinding ni sebab taknak dinding rosak. So, macam mana yang menggembirakan hati anda, buatlah. :D 


Till next time, 
Toodles!