Malas

Hai, I baru sahaja mencuci pinggan mangkuk dan memanaskan lauk semalam dan masak nasi dan mencuci baju. Yes term kitorang guna masak nasi. Biarlah salah. Taknak skema menanak nasi. Ke mentanak eh? Mentadak betul. Now enjoying kitkat mmmmdappp sambil menunggu lunch. Kejap lagi nak keluar rumah petik buah limau buat limau suap mmmmdappp. Selepas itu baru makan dan fikir apa yang akan dilakukan sejurus kenyang. Sebelum pukul 4 nak siap sidai baju, sort baju, cuci baju husband dan kemas baju Harraz. Oh banyaknya bertingkek-tingkek. Lepas tu nak kemas bilik barulah husband balik winkwinkwink. Hee.

Oh bila I blogwalking, I suka baca post yang ada label tapi I sendiri malas label. Macam mana tu? Hahaha. Nak mula macam dah lambat nak kena baca balik satu-satu then tag and label. Banyak kerja. Macam buku cerita takda index. -.-' Tak kemas langsung.