My way

Fuhh baru lepas angkat jemuran, sidai dan cuci. Orang lain buat cepat je. Angkat angkat masuk bakul. Sidai sidai sidai. Cuci. I lain. I asingkan siap-siap time angkat jemuran tu senang takyah nak buat kerja banyak kali biar makan masa lama pun, matahari kan bagus untuk kulit sangat, I kan mat salleh rajin berjemur haha kerek dengan diri sendiri. Time sidai pun tuala one side, baju Harraz sidai kat ampaian yg kecik yang ada banyak section tu. Baju bahagian atas, seluar bahagian bawah. Kalau brrrrr, brrr sahaja, mender, mender sahaja. Haha jenuh nak melayan. Cuci pulak husband selalu bising, masukkan je sekali. Cara I dari dulu tak pernah berubah. Bukak tempat letak detergent tu tuang, dekat softener tu tuang. Haha. Dia pun bising. I enjoys gitu.

Tapi..

Satu je yg husband berjaya ubah. Time cuci pinggan. Selalu time cuci, bukak la air sepanjang cuci pinggan tu. Membazir kan? Ish ish ish. Baru-baru ni time buang sampah, tengok meter tu, pergh laju gila dia gerak. Tak boleh jadi ni. Lalu, I bilas bilas semua, then asingkan ni cawan, sudu garpu dalam cawan. Pinggan mangkuk kat bawah. Baru sabun then bilas.

Penyakit ke ni? Tak kan?