Kisah ke klinik itu hari
Dah lama rasa badan tak sedap,
demam.
Memang demam panas, tidur pun tak selesa. Time tido sepak sepak selimut, husband yg selimutkan balik.
Dia sejuk menggigil. I panas entah kenapa. Panas dalam mungkin. Kat leher ada tumbuh macam biji, tapi tak besar sangat. Mula-mula ingat bengkak urat. Lalu dibiarkan untuk dijadikan pemerhatian setelah menetapkan objektif dan hypothesis serta pemboleh ubah yang dipelajari dalam matapelajaran sains suatu ketika dahulu. Hahaha. K pastu, dah 2 hari amcam tak surut, masa ni mengalami sakit pinggang juga mungkin kerana penat seharian melakukan tugas dan juga mengandung mungkin. Selepas itu, I tidak mampu lagi menanggung kesakitan I pun mengajak my motherrrrr ke klinik.
Bonda, lemah rasanya badan. Tidak berdaya, Ayuh ke klinik bonda, tak mampu lagi menahan rasa.
Vrooooom sampai. Hihi.
Sesampainya ke klinik , kelihata doktor peberet I bersama isterinya pergi meninggalkan klinik tapi sempat menyapa.
My shift finished. How's your son?
Oh he's doing fine :)
Hokeiii, doctor tu best sebab dia memang prihatin sangat dia examine satu-satu. Previous matter pun dia akan follow up. Sampai Harraz pun dia ingat selalu. Masa bawa Harraz pergi klinik, dia nak bawak balik Harraz. No way maynnnn. He's mine! Muehehe. Doctor Emily pun suka Harraz. Siapa lahhh tak suka Harraz ennnnnnn. Hokai back to me. Tunggu punya tunggu, bersyukur bukan doctor yang I tak suka sebab dia jenis yg lepas tangan.
I pun duduk.
Haa ye, sakit apa?
Demamlah doctor.
Mak pun menyampuk. Anak saya ni demam, dia pregnant.
Berapa bulan.
3 kot.
3 kot??? Kau pun tak pasti? Hahaha
*ish ye aku tak pasti apahal nak gaduh. Hahaha. hanya mampu sengih kambing
Okay first you ada resdung. Kurang minum air ye?
Ha'ah kurang
Ada minum air panas? Air sejuk?
Ada.
Last minum air sejuk bila?
Tadi
Last minum air panas?
Tadi.
Kopi?
Takda.
Takda?
Takda. *tipu sunat mihmihmih
Makan sayur?
Anak saya ni apa pun taknak. Sayur taknak, air taknak. *tq mak menyampuk.
Duduk planet mana ni? Duduk Malaysia kan? Harga air 1 liter sekarang berapa eh? Mahal eh? Sayur pun mahal.
*diam. hukhuk kena buli.
Fav food apa? Tomyam.
Ha.
Mana biji tu? Oh ni angin ni. I bagi you ubat ni. Dia typetypetype. Eh aku pulak nak type kau pregnant kot.
Hahahaha. padan muka pangkah aku lagi. (dalam hati)
I tak kisah pasal you, I kisah pasal baby. Kesian dia nak makan, kalau dia nak makan melalui siapa?
I.
Haa so you kena makan. For the time being, you tak boleh makan ikan, seafood, telur, pedas. Minum air panas. Minum air suam. Hokeyyy? Makan ubat yang I bagi ni. K dah.
Then check BP.
Macam mana ni? You kata you pregnant tapi BP rendah? You kena makan. Nanti buat buku merah.
sedih masa ni. baby, awak ada ke takda? :'( redhoooooooooooooooooooo
Kerek. But my new fav doc. :)