Maaf kerana lama tidak menulis di laman sesawang yang hampir bersawang. Aku berada di awang-awangan. Takyah nak rhyme sangat hehe. Yes maaf. Hubby sibuk main wolf team so tak dapat nak guna laptop nak hapdet segala isi hati. So far, so good lepas insiden konon-konon air ketuban pecah time jalan-jalan kat kenanga haritu. Memey cuak ah sebabtime keluar tu di iringi dengan sakit perut yang boleh dikatakan ekstrem. Lalunya hari demi hari, Alhamdulillah. Selamat sampai ke bulan yang ke sembilan. Baby tak banyak songeh sangat cuma dah tak mampu nak sembahyang berdiri lagi. Duduk pun macam nak terburai isi perut ni. Tak keluaq ikut ataih keluaq ikut bawah.
Semalam, pergi check up setelah miss satu appoinment last week sebab kesayangan balik sabah. Semuanya okay, darah pun memuaskan. Berat not bad. Kepada yang mengalami anaemia ke macam mana nak eja tahh atau dalam bahasa yang senang difahami low blood pressure, saya sarankan anda makan iberet folic yang bertujuan untuk kasi normal itu darah lalu kembalikan selera makan juga.Lepas darah dah okay, mak kata iolls nampak sihat dan gumok sikit. Tak risau sangat dah dengan risiko yang diterangkan oleh nurse di KK Shah Alam. Oh cerita semalam. Boleh pulak muntah dalam kereta lepas makan ubat. Haha nasib baik muntah bau ubat tak busuk macam bau makanan. Lepas tu menjamu selera di Old Town lalu ditegur oleh pelayan kat situ. Dia kata ramai yg dah kena tegur dengan Jawi sebab makan time puasa en tapi you kan pregnant takpa kot lagipun muka you macam cina hohohohohoho.
Hang buta ka? Macam anak negro mana tahh ni boleh hang kata macam cina. Tapi takpa, hang buat aku kembang setaman bunga. Hang pun not bad yourself. Haha. Lekkk. Selambe makan kat oldtown dengan bau muntahnya. Lalu meneruskan perjalanan ke klinik. Masih berbaju muntah. Letak kad merah tu pastu cakap kat nurse nak pi beli baju sat. Pi lah lepas timbang berat. Tu je yg menarik kot. Haa dah panjang sangat ni. Kbaiii