warkah buat abah

kehadapan abah, 


rasa terpanggil untuk tulis sesuatu untuk abah entah kenapa. mungkin sebab whatsapp yang abah hantar tempoh hari dan kata-kata abah yang membuat ina tersedar. pertamanya syukur ke hadrat illahi kerana ina dikurniakan abah dan mak. hubungan kita tak macam orang lain, kita macam... awkward tapi dalam hati sentiasa sayang, dalam fikiran mesti ada. dulu mudaremaja, selalu ikut hati, memberontak. sekarang dah jadi ibu, baru tau betapa susahpayahnya nak membesarkan anak-anak dan rasa bersyukur sangat sebab belum diberi rezeki untuk membesarkan seorang puteri. 

sejujurnya, ina masih rasa bersalah tentang semalam, hari-hari sebelumnya sampailah hari kelahiran ina. rasa macam ina ni hanyalah satu beban. hanya menerangi hidup abah dan mak semasa kecil. dah besar, menyusahkan. sangat. sampai dah kahwin pun menyusahkan. maafkan ina sebab anak-anak ina abah yang tanggung pampers, susu, keluar masuk hospital, semuanya abah tanggung. tengok tin susu tadi macam nak menangis. RM76.99. pampers RM35.90. itu baru sikit, yang lain-lain? abah kerja kuat, nak bahagiakan anak-anak abah. nak sara semua orang. sampai kurus abah. susah hati ina tengok abah. ina tak belajar tinggi macam abah nak, mungkin ina tak mampu nak balas jasa abah, tak mampu nak jaga abah macam mana orang lain jaga mak abah diorang. bagi duit bulan-bulan, hantar pergi umrah, pergi haji. 


ina hanya mampu bagi abah cucu. itu pun ina rasa menyusahkan sebab abah kena tanggung semuanya. abah, ina harap sempat untuk ina kerja, tolong ringankan beban abah, beban mak. ina harap dengan kehadiran Harraz & Yusuf dapat buat abah gembira. 

plan masa depan, ina kerja, sambung belajar, kerja sedap sikit. ringankan beban abah sikit-sikit, kongsi bayar bil, kongsi bayar apa yang patut. hmm. tak, tak cukup. takkan pernah cukup nak bayar semua pengorbanan abah. :(