kesayangan romadhonnnn.

semuanya bermula pada hari jumaat. malam tu, lepas bercinta (hihihi tu pun nak bagitau) kami pun tidur seperti biasa. agak lewat sebenarnya. malam tu kerap terjaga sebab rasa sakit perut tapi taknak bagitau husband sebab dia nak balik Sabah. so takpa, tahan la sakit tu. nasib baik masih boleh tahan. oh ya, sebelum tidur tu ada keluar darah. agak banyak tapi takda la ingat nak bersalin sebab masa tu 35minggu berapa hari. so ikut hati, takpa. tapi pagi tu bagitau jugak husband tapi kata kat dia takyah risau lambat lagi ni. b balik sabah dulu. lambat lagi bersalin ni. watlek watpeace.

sabtu : 28/6

lepas bagitau husband, bagitau mak. biasalah mak punya gelabah. tapi i yang menanggung kesakitan ni pulak yang suruh orang relax. hihi positive tak? -.-' agenda harini, hantar husband ke klia 2 then pergi damansara bawak Harraz casting untuk hagiz deraipens. takleh eja properly nanti dia mintak comission. haha tetiba. husband dah kata taknak pergi tapi i yg paksa jugak. so drop dia kat klia 2. masa on the way tu kerap jugak genggam tangan dia masa contraction. nasib baik tak patah jari. lepas hantar b, sakit makin kerap. tapi boleh kata kat mak, kita baliklah, takyah pergi audition. masih degil taknak pergi hospital. hai mak orang ni. pastu mak kata takpalah hantar ina pergi hospital, biar makyang bawak pergi audition. okay masa ni pasrah sebab dah sakit sangat.

sampai je kat hospital dalam pukul 12 mcm tu terus dia check bp dengan baby punya progress. masa ni memang dah tak tentu arah. nak baring sakit, mengiring tak kena. pasrah je masa ni. lepas tu check bukaan. hambekkk dah 6cm sampai-sampai. nasib baik tak balik rumah, bersalin dalam kereta ke. then dia bagi baring kat depan, masa ni lagi tak tentu arah. rasa nak berak sangat-sangat. then i cakap tak tahan nak berak ni. dia check bukaan. okay dah 9. wah kejapnya. awat baby ni excited nak keluar. so ditolaklah ke LR. sampai je, baring. this is it, kata dalam hati. oh husband tak masuk sebab semuanya sekelip mata. tak sempat nak bagi masuk dah baby keluar. i tak breakfast apa pun, cuma makan kitkat chunky je satu. oh oh lupa. masa check bukaan tu dia ada cucuk ubat bagi paru-paru baby kuat sebab premature kan.

masa dia cucuk tu serious rasa macam kuda tengah mengamuk. sakit separuh mati. lagi sakit dari bersalin. demmm. memang tak larat nak push sebentarnya. try mintak ubat tahan sakit. haha bengong. dah bukak besau gitu mana ada ubat dah. gas pun takda sedut. dah sakit nak bersalin sangat-sangat tapi air ketuban tak pecah lagi. so, dia pecahkan. memang i bising time bersalin. tak bolehlah, tolonglah kak. tak laratlahh. then sambil teran tu menjerit sampai terkeluar suara jantan. haha sampai lah push yg terakhir. lega, dia menangis,nharraz dulu tak. so lahirlah seorang putera pada jam 1426. lepas dah selamat keluarkan, dia jahit satu kali, siap. dalam masa 2 jam lebih dah berubah kehidupan. then panggil husband ambik uri dgn azankan baby. baby tak berat. 2.24 je. dah la pramatang.

duduklah dalam wad kita anak beranak. kiri kanan baby gebu-gebu. anak kita je cinonet. patah sayapku patah, tak mungkin terbang lagi.



bersambungggggg