Kecik, padat, mampat. Takda apa yang istimewa, lampu romantic apa ke takda. Bilik ni tak macam bilik orang dah kahwin sebab memang tak ubah apa since bujang pun. Ada dua almari, satu meja coklat tu, kipas, katil, meja komputer. Itu sahaja. Meja tu macam tetiba ada kat situ kan? Itu sebenarnya port buat susu Harraz. Senang sebelah toilet, cuci bancuh sumbat. Hahaha. Insya Allah nanti nak renovate. So yang bahagian tingkap tu dipecahkan, extend sampai belakang. Luaslah sikit, bolehlah nak deco deco. Nak buat baby space kat situ. Anak dua, cemana nak muat dalam bilik ni? Nantikan idea bakal menyusul. :)
