Jealous

Yeap sememangnya I jealous tengok orang decorate rumah sendiri. I duduk dengan family so bab nak decorate terbatas, cuba bab organizing tu bolehlah sikit-sikit barang Harraz, bilik tidur dan ruang family kat atas tu. Terhad di situ sahaja. :/ Semalam puas dapat salin cadar, basuh sarung bantal and salin langsir. Tapi langsir tu macam cacat sikit, tak kira penyangkut dia ada berapa, main sedap masukkan je sekali tak sampai tepi. Takpa dah tak larat, just sorokkan. Hehe harini kalau rajin, I betulkan balik. Tengok kondisi muka jugak sebab I ni resdung boleh kira teruk jugak ah. Time-time jerebu ni, tak boleh nak bermesra dengan habuk sangat. Yang jadi mangsa, muka especially mata. Gatal tak sangka. Muka habis naik bintik-bintik, bila digaru mulalah luka. Letak bedak sejuk tak jalan, I yang hanyut mengantuk.

Back to the jealousy. Haa I tak mampu nak buat apa. I teringin nak ada rumah sendiri, nak deco bersama Eric, apartment, ada suming pool, ada gym, ada playground. Tapi masih bersyukur apa adanya. Sekarang ekonomi menggila, semuanya mahal. RM50 boleh dapat apa je. Sebab tu suka pergi Daiso hihihihi. Tengok kat Pinterest mampu ketap bibir je lah, idea deco dia memang mengancam, organizing jangan ceritalah kan. Takpa, start small. Sebab I duduk dengan family ; kitorang muda lagi, kewangan tak tetap, keluarga tak besar. Keluarga asal berempat je. Then bertambah dua ; mak tiri & adik tiri. Diorang duduk Indon. So kat Malaysia memang 4. Masa belajar dulu, kesian mak abah sunyi bertiga dengan adik je. Cemana kan? Kalau I duduk dengan husband, tinggal bertiga, adik dah form 3, tengok-tengok tahun depan masuk asrama. Tinggal berdua. Abah selalu balik Indon, Mak tinggal sorang. Oh tak sampai hati. Husband ada niat nak duduk Sabah sebab dia kerja sana gaji masyukkkk. Takpalah, perlahan-lahan.

I plan nak kumpul duit banyak-banyak. Nak shoppinggggg itu je. Haha ish perangai syaitonnirrajim sungguh. Taklah, nak kumpul duit nak prepare for the future ni. Anak-anak nak sekolah pening kepala nanti. Harraz dengan adik nak masuk Brainy Bunch, lepas tu je nak masuk sekolah private yang baru nak membangun ni, pastu masuk asrama ke apa ke, masuk sekolah biasa biar tak manja / poyo sangat. Haha. Jauh kemain mama fikir, Harraz. Nanti mama nak masukkan awak kat IPTS takpa. Bayar mahal takpa, janji awak selesa, macam Tok Abah sanggup bayar mama masuk Unisel walaupun mama tak habis belajar. Biar dia yang susah bayar jangan mama yang susah berhutang <3

So lepas kelahiran Mirza Athar, insya Allah I akan berpantang 100 hari (saja mengada nak lama-lama) hehe honeymoon sikit sebab time tu hubby dah habis practical, boleh teman I honeymoon then dua-dua masuk kerja. Kerja office je, kerani kot kat Jalur Cahaya takpun kat Syabas atau Puncak Niaga. Nak study OUM weekend kang macam takda masa untuk family. Dahlah Harraz dengan Mirza kicik lagi. Sabar ye anak-anak mama.  Berkorban demi anak-anak takpa, diorang dah bagi lebih dari wang ; pengalaman, cinta dan kasih sayang yang tak ternilai. #ryenadharrazmirza