#sotd : summary of the day
#potd : purchase of the day
haha banyak pulak hestek nya kan. Ni kes terlepas nak update blog harian kerana asyik menjaga anak dan bercinta dengan suami. Nasib tak tambah #ootd. Takda sapa nak tengok awak pakai apa pun Ryena hehe. So untuk hari Isnin (3/3/2014) , I ada appointment kat KK Rawang sebab haritu tak sempat nak pergi hari Khamis, bila pergi hari Jumaat, diorang ada meeting so reschedule hari Isnin. Mula-mula patutnya pergi dengan abah tapi husband tak larat nak pergi kerja, so dia yang bawak pergi KK. Memang kitorang tak sempat breakfast sebab masing-masing bangun lambat. B penat balik dari kenduri kahwin abang dia kat Sabah, I pulak memang kaki tidoooo. Hehe so kami bangun lambat. Sampai kat KK Rawang beli la segala mak nenek snek. Makan makan makan kunyah kunyah kunyah. Sampai nak ambik darah pun mengunyah lagi. Sampai nurse tu tanya, awak lapar ke. Hehe I pun cakap ha'ah tak makan lagi dari pagi. Then dia kata janganlah seksa diri nak jadi mak dah. -.-' macamlah I ni bukan mak orang. I cakaplah bangun lambat, dah jadi mak orang dah pun. Baru nak terkejut. Lah yeke, baby no berapa ni? No 2. eh muda dah anak 2. Then dia bagi nasihat semua pasal darah nak naikkan HB kena makan apa semua. Then dia kata takpa beranak dulu puas-puas nanti dah umur 30 rehat hehe.
Lepas dah check, hantar pergi makmal, I ingatkan dia nak buat ujian kencing, puaslah I kumpul, takda pun. Haha then pergi check berat semua, berat tak naik. Pastu dia interview I (sebab I fayyymous) hahaha terus dia suruh pergi scan nak dapatkan EDD. Previously dah dapat EDD tapi doctor tak tulis so scan lagi. I am 18w 5d preknon. Ni first time husband teman untuk 2nd pregnancy, sebelum ni teman untuk bawak Harraz je. So dia masuk ke dalam bilik doctor, then I tanya doctor dah boleh nampak gender? Doctor jawab tanpa perasaan : BOY. Yes another hero. Then husband tersenyum lebar sangat lebar. Happy sangat, terus dia cakap ada lagi sorang geng DOTA. Mmmm, mama nak geng dengan siapa? I dah beli baju baby girl nasib baik sehelai haha. Baru berkeinginan nak dapat sepasang tapi takpa, rezeki dan perancangan Allah. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Alhamdulillah.