Tips senang cari

We alls memang ada masalah pencadaran (cadar).  Bila nak salin cadar mesti ada yang takda sarung bantal, yang takda sarung bantal peluk, yang selimut hilang. Lepas tu menggedik kat Jusco nak beli sarung bantal sahaja pastu complain mahal ataupun tunggu 10 minit Jusco nak tutup dengan harapan dapat diskaun sehingga 70% hahaha. Mesti you alls pernah kennn? Okay solutionnya senang. Lepas dah cuci, lipat dan simpan cadar dalam sarung bantal tu. Kiranya semua satu set, tak termasuk selimutlah kan, ke dalam sarung bantal. Begini ...

Selimut simpan di bahagia bawah so next time nak salin cadar tinggal pilih dan pasang. Takdalah macam I nak kena cari matching-matching sebab sarung bantal satu tempat cadar satu tempat. Leceh. Okay ni akan diasingkan pada hujung minggu atau somewhere in the middle of the week. Masuk planner ni. Weehuuu