Ruang Tuan Cinonet

Hai, harini mood kerajinan datang, jadi I kemas ruangan Harraz. Actually tak kecah sangat pun just restock pampers and iron baju kicik kicik dia untuk kegunaan adiknya yang bakal tiba pada bulan Julai nanti. Tak beraya lagilah jawabnya kita ye.Kang terawal, tak beraya. Here are some pictures :


Inilah ruang dia, dia takda bilik sendiri, takda playroom. Ni je ruang yang dia ada selain ruang di hati mama. Hikhikk. Almari pun mana ada, baby cot ke, playpen ke mana ada. Ini je harta dunia yang dia ada buat masa ni, Alhamdulillah hidup bahagia sentosa dan makin bambam. 


Ni ruang simpan baju dia, 1st tier cewahhhh tier semua singlet dia, shorts, baju lobang-lobang dengan rompers dia. Second tier, baju P.J dia haha baju lengan panjang and seluar panjang, baju lengan pendek and seluar panjang dan juga sleepsuit. Last tier, selimut, tuala and baju jalan. Haa tu ada bib sesat di situ. Dia jarang pakai bib sebab kitorang lupa kewujudan bib so letak situ, biar nampak dan sedar kewujudannya. 


Hambek wipes sampai 3. Yang bran pigeon tu sayang gils nak pakai sebab best and refill dia mahal T.T Tapi beli sebab convenient je. Yang pureen tu tak syorkan beli sebab kainnya keras. Bedak pakai yang cooling punya and gila old school pakai tempat puff tu hehe sebab senang. Bila pakai semua tempat kena takyah sapu guna tangan. Puff puff dah putih gebu wangi omey. 


Ni bakul untuk stokin, burp cloth and kasut. Hehe kasut satu je yang orang bagi semua dalam stor. Stokin yang ada sebelah je tersadai kat luar. Stokin dia kerap hilang sebab dia suka cabut and masuk mulut hisap sampai basah lepas tu tinggal je. Kadang-kadang I basuh asing sebab baru jumpa, tu pun faktor kehilangan sebelah. I dah hafal dah stokin dia ; warna and corak hihi (nampak sangat jakun) 



Haa, dalam hamper Daiso ni terisilah pampers dan mainan dia. Senang kalau jumpa mainan dia, kutip je masukkan dalam ni. Pampers dia ni setengah pack boleh muat dalam ni kalau susun macam tu. Yang bakul sebelah tu isi baju mingguan dia. Takdalah mingguan, kadang-kadang tak cukup. I isi bagi muat bakul macam baju siang 3, baju petang 3, sleepsuit 2. Macam tu lah lebih kurang so tak semak sangat bahagian baju dia yang bertingkek-tingkek tu. 



Haa setengah pack lagi digulung begitu jadi tak nampak semak sangat. Kat celah bedah ni haha mak I suka perkataan ni. Celah bedah ni ada play mat dia, diaper bag baru yang belum pernah pakai sebab bila sampai terasa macam besar sangat tapi berbaloi untuk travelling. Yang dalam storage tu ada extra bags and baju tak muat, nak kena transfer kat almari atas. Indoor stroller, ni 2nd hand punya so digunakan indoor sahaja and lastly, Volkswagen Sweet Cherry Das Auto dia. Haha omey tak? Nampak omey lah tapi sebenarnya comot bukan main. Makanan everywhere. 


Harini I rajin (sangat haha) asingkan and iron baju Harraz untuk menyambut adik Harraz and I jumpa ni ....


mana mama tak sedih, awak membesar cepat sangat. Kiri newborn, kanan 6-9 bulan. :') Nak ada adik dah. Abe, jaga babe baik-baik. Takmau buli hokehhh. <3 Cinta kalian.


p/s : memang berbolu tunggu gambar nak hapload. Taknak guna diseleri dah, guna tab lagi bahagia dan cepat.