Macam biasa rutin setiap pagi, bangun seterika baju husband ( gila gigih pagi-pagi buta keluar ambik baju B yang tersidai semalaman ditemani embun pagi yang menyegarkan) ketika ini, cuaca dingin dan kabus kelihatan, terasa seperti di Cameron Highland dengan pemandangan yang berbukit bukau. Muhehehe. Lepas seterika, buat air, kejut Harraz, hantar husband depan pintu (tapi harini sweet, siap detim kejap depan rumah sila jealous, salam ciom ciom depan rumah) Biar semua jealous muhahahaha. Lepas tu chiww chiww jap, kemas barang Harraz, sempat bermain kejap dengan Harraz. Oh dia ada habit baru, jelir lidah macam Hagemaru. And dia tumbuk, kemain kuat. Serious kuat, dah la bertubi-tubi. Sakit :( Tak sayang mama eh? Lepas dah habis menggeletis, I letak kepala dia kat perut I. Tetiba dia senyap. Adik dia sembang dengan dia kot. Hehe. Okay cerita sengal tu dah nak sampai.
Lepas mak dah siap, I pun hantar Harraz dengan mak. Bukan sebab I anak mak ye, sebab I takdak leseng. So otw nak nursery, mak cerita kejadian semalam
M : Habis Harraz tendang, tumbuk mak masa nak bagi makan ubat
I : Tu la, Ina pun kena tumbuk tadi, sakit.
M : Tangan dengan kaki dia kuat. Nak jadi boxer kot. Harraz masuk WWF, tok jadi manager.
*pause*
I : Mak, WWF tu World Wide Fund la. WWE wrestling
M : Ha? Habistu? WEFF?
I : -.-' WWE laa. Kalau WWF tu Harraz jadi logo ganti panda tu boleh la.
Hahahaha. What a way to start my day. :)
p/s : Risau Harraz sakittak baik dah seminggu ni tapi kuranglah risaunya sebab nenek kata pembawakkan budak. So kita redha okay?