Kemain lagi anak aku ni

Guess what? Harraz pergi dating -.-' Kemain lagi dia tu. Babysitter dia yang kat nursery tu call nak bawak dia jalan. Kalau boleh takyah ambik pun takpa sebab sayang sangat sampai nak tidur sekali. Grrr mana boleh. Mama dia je yang boleh menikmati senyuman pagi dia. Lepas dia bangun tido, dia mamai mamai, senyum golek golek. Itu moment mama dengan Harraz. I repeat mama dengan Harraz sahaja! Haha nampak sangat jealousnya kan. Yeap memang pun. Sayu je nak hantar dia tadi ke taska. Tapi takpa, dapat mama rehat di hujung minggu detim dengan daddy mihmihmih. Dah anak 2 pun gatal lagi. Biar ah halal peeeeeeeeeee kau hado?

So sekarang ni duduk lepak lepak depan tv, tapi tv tak bukak pun. Sambil menghidu aroma asam pedas yang mak masak kat dapur. Mmmm, bau memang selera tapi nak makan takut sebab masih mengalami masalah penghadaman. :( Yeap pagi ni diarrhea lagi. Amboi sopan nama English. Semalam lepas balik dari GM 2 kali. Entah kenapalah begini. Perut tak nampak bulat, macam leper je. Girl kot? Hee tak sabar nak scan! Jumaat ni ada appointment kat KK pukul 2. Lepas habis appointment ambik daddy kat rumah, ambik Harraz kat taska pastu pergi LCCT sebab daddy nak balik Sabah abang dia kahwin. Hope dapat tau gender sebelum daddy gerak kasi senang hati sikit.

Oh masih lagi duduk depan TV nak cerita ni sebenarnya. In future nanti kalaulahhh kan. Kalau I alls pindah duduk dengan family kicik I alls ni, kat ruang TV wajib ada sofa yang ada compartment sebab I jenis lepas daddy pergi kerja memang bermanjo dengan anak depan TV tak naik-naik dah. Malas. Haha. Petang sikit baru naik. So dengan adanya sofa bercompartment, boleh la simpan tilam yang lipat-lipat tu, gebor, bantal soft toys ke. Convenient sikit. Macam rumah sekarang ni susun je kat tepi-tepi so ter expose kepada habuk dan serangga. Jadi macam tak selamat sebab I allergi habuk tahap tertinggi. Hehe takdalah, kalau tertinggi tu sampai nipis kulit-kulit sensitifnya. Allergi je la kot.

Kesiannnn.