hi semua, :P
initial plan kita nak mandikan anak. Dah bagi dia tang ke dada (berlenggeng) bak kata nenek. Berlenggeng bak kata abah. Tapi akhirnya, dia tidur. Tak sampai hati nak kejut budak comel sangat tu. Dok scroll scroll gambar lama kat facebook. Teringat masa Harraz baru nak masuk sebulan. Haihh cepatnya masa berlalu :( Kejap lagi dia dah sekolah, dah kena deal dengan masalah remaja dia. Tengok-tengok dah nak kahwin huwaaaaaaaaaaa. Haha melampau. Harraz baru masuk 6 bulan kemain fikir ke depan sangat.
Biasalah, mama dia ni drama queen. Abah dah sampai Medan pagi tadi, awal-awal pagi lagi dah gerak. Kitorang gerak Jumaat hmmm husband tak ikut sebab kerja. Kitorang balik sini hari Rabu. Khamis my birthday yeayyyy maigod! Dah 21 tahun I kat dunia ni. Alhamdulillah. Barang masih belum pack lagi, malam ni nak pergi JJ nak shopping sikit barang yang tak cukup especially barang cinonet tu. Nak kena buat list siap siap and berkemas dah. Nanti takda masa. Malam memang occupied sangat. Malam semalam pukul 12 keluar rumah ambik baju husband gila ke tak gila. Suasana seram sunyi ishh takkan ku ulangi. Ni nak kena buat kerja cepat cepat sementara Harraz tidur. Oh and nak kena fikirkan cara baru nak mandikan dia tanpa rasa lenguh sangat.
Cerita seram pagi ni.
Husband pergi kerja pukul 7.30 jadi I dengan Harraz tunggu kat bawah pukul 7. Bagi Harraz susu, salam husband tiyom tiyom hihi pastu dia pun pergi. Adik la start cerita. Dia kata dia terjaga pukul 4 pagi, selimut yang dia pakai hilang. Bayangkan selimut sebesar alam tu boleh hilang? Cemana? Dia cari satu rumah, takda. Memang takda. Pelik sungguh. Call mak, tanya mak abah semua. Takda. Hilang. Ghaib. Lost. Persoalannya, ke mana perginya selimut itu? jeng jeng jeng. I akan siasat. Bye nak basuh baju dan siapkan list. Nanti kita bagi list kayy. Toodles.