2014
Harini pertama kali menitiskan airmata sebelum, semasa dan selepas menunaikan Isya'. Sayu sungguh malam ni, entah kenapa. Timbul kesedaran bahawa semua akan pergi, sama ada berubah hati ataupun panggilan pencipta. Bila dah berkahwin ni, dugaan besar. Dan dugaan ni semua sama ada dikongsi bersama ataupun disimpan sendiri. Manusia, bila lama menyimpan akhirnya tewas seperti gunung berapi, akhirnya meletup. Resolusi tahun ini, tetapkan Allah sebagai tempat mengadu. Takkan ada manusia yang faham masalah kita, walaupun sama situasi. Takkan sama setiap yang mereka lalui, hanya Allah yang mengerti kerana Dia yang menetapkan kehidupan, Dia yang memberi rezeki, dan Dia juga yang memberi ujian. Kepada Dia juga kita kembali.