saat kau katakan Ya, untuk menjadi suamiku,
Ketahuilah bahawa aku telah padam semua memori silam,
Yang takkan tercalit langsung di kanvas minda dan hati.
Telah ku berikan semua cinta, semua rasa.
Sebab kita akan lama bersama.
Aku kenal kau,
Dan kau kenal aku.
Lebih dari kenangan silam.
Aku ingin memenuhi segala kehendakmu,
Menjadi apa yang kau inginkan.
Agar dapat kita berpimpin tangan menuju syurga abadi.
Inginku taat dan setia kepadamu yang menjadi penghias dunia
Akanku taat dengan perintah Allah kerana Dia yang menghadiahkan kau kepadaku.
Walau sejahil mana pun aku, dia tetap ada mengubah nasibku.
Walaupun aku sering lupa kepadaNya.
Walaupun aku sering mencariNya ketika susah.
Walaupun aku ingat akan kematian tapi tak pernah berusaha untuk berubah.
Dia tetap ada, mengubah nasibku. Sayangkan aku.
Aku bersyukur Allah berikan hatimu untukku jaga.
Allah berikan aku cahayamata. Yang bagiku, sempurna.
Jujur, aku terlalu cinta. :'(