Mood swing

Setengah jam lagi, berakhirlah waktu rehat. Hahaha mengada punya opening. Heliuuu, lately ni macam emo semacam apahal entah. Semua benda tak kena, tapi simpan sorang je takdalah nak kecoh-kecoh. Mencuba untuk menjadi penyabar, dulu rebel kemainnn. Maklumlah, dah tua, dah berumah tangga. Tahun depan dah 21 tahun :O seriously??? Mmmhmm. Itulah reality. Bila dah makin tua ni, senang sangat nak terlelap kat mana sahaja, bingo menjadi game favorite. Kuat membebel (sorry daddy) hikhik. makan pun kurang, jalan pun slow. dah kurang berjalan ( ni bukan faktor usia, ni faktor cinta dan pengorbanan sebab husband tak suka jalan) Akhirnya tersedar, bila nak shopping untuk diri sendiri, rasa bersalah dan tak berbaloi sebab dah ada anak, kalau dulu gatal mata gatal tangan gatal kaki. Kalau boleh RM50 tu nak jugak habiskan tapi dapat quantity yg banyak baru puas. Sekarang semua habis kat anak. Good job, mama.

Kerisauan melanda apabila I belum didatangi period selama 2 bulan lebih kot sekarang. Haritu ada check, macam positive tapi blurr blurr. Takut nak check lagi sebab takut nak bersalin lagi. Hahaha. Serious tak bersedia, sebab dia potong pembukaan tu tanpa perasaan. Saya potong eh, srapppp srapppp dia potong, sakit wehhh. Time jahit tu, dia bius cemana entah, masih rasa dia jahit oh no please. Sakit taknak please. Tapi lega dan puas bila dah keluarkan baby dan uri. Paling lega keluar uri, entah kenapa. Hmm, belum bersedia please taknak tapi dah rezeki kan, Alhamdulillah. Kalau betul la kan, nak baby girl barulah sepasang.