Dah nama pun manusia, mesti ada kelemahan kan?
Dengan rendah dirinya, saya ingin mengatakan bahawa kelemahan saya adalah......
kucing.
Entah kenapa setiap kali bila terbayangkan kucing berdiri dan kucing kena pijak ekor, mesti rasa nak gelakkk je. Haha dan cara kotor ini digunakan oleh encik suami untuk mengambil hati. Setiap kali kalau gaduh, ek elehhh biasalahhh gaduh ni en macam laaa korang tak pernah :P dia cerita pasal kucing je, mesti tergelak. Dia sebut kucing pun boleh gelak. Hahaha. Pelik tapi benar. K. Malu.
Kedua is, cengeng. Kuat sangat nangis. Tetiba gelak gelak pasal kucing, boleh pulak nangis. Maklumlah, saya ini hanyalah manusia biasa (terlebih emo biasa ke?) Tengok Playboy Itu Suami Aku pun nangis. -.-'
Apa bendaaaaalah.
Ketiga, makan. Kalau berebut makanan dengan encik suami pun nangis. Ayat yang akan dikeluarkan :
Habis tu Na nak makan apa? T.T mula nangis hahaha. Yes, saya sukaaaa makan! Setiap kali nak makan, mesti dah plan nak makan ni ni ni, target banyak ni. Tapi harus sediakan lebih sebab encik suami pasti akan ambik sikit. Tak habis, buang. Keempat, makan slow. Kononnya kalau makan slow, hadam cepat dan ehemmm boleh kurus. Makanlah sopan santun tak kira depan siapa pun. Memang gitu. Hikhik gedik tahap maksima.
Kelima. Banyak dah ni mendedahkan kemaluan. Apa entah nak tulis tadi lupa. Ha yes. Cepat lupa. Memang cepat sangat lupa, makan kerengga banyak sangat. K ni ayat mespes dulu. Poyo ni semua. Kadang-kadang bila gaduh dengan orang bulan lepas, dah tak ingat pasal apa. Jangan kata bulan lepas, minggu lepas pun belum tentu ingat sebab tu hadirnya blog ini supaya saya dapat menyimpan secebis memori semasa. Hiks.
Itu sajalah kot, kang banyakbanyak kena bash dalam hati pulak, takpun depan laptop korang. Haha kboiiiiiiiiiii