dinda kerinduan. senyuman yang tiada tandingan, mata yang menawan. geremmmm! Izinkanku selamanya di hatimu, agar bisa ku melihat kedutan di wajah, mengenggam erat tangan yang berurat biru kehijauan. Berada dalam dakapan yang samar-samar panasnya. SENTIASA melabuhkan kepala, melayar bahtera dan bertemu di dalam mimpi di atas satu bantal yang sama. Berselimutkan gebar yang hanya menghalang penghawa dingin dari hinggap, dan sebenarnya diselimuti cinta dan kehangatan tubuhmu. Hingga ke akhir nanti, cinta antara manusia hanya untuk kau yang bernama suami. Masih belum mau merasakan tua, masih mau sihat dan gagah untukmu, untuk sentiasa berada di sebelahmu, itu tempatku.
Mungkin orang pelik, kenapa perempuan gila ni agungkan sangat suaminya, sehingga penuh dengan coretan untuknya.
Mereka tak faham, takda seorang pun yang faham cinta kita. Tak seorang pun yang mengerti aku. Hanya Kau, Muhamad Adha Harun.
Kau bagaikan sinar harapan baru untukku meneruskan kehidupan. Kau mengangkat aku tinggi, tak seperti mereka yang jelik perangai. Menggunakan wanita untuk apa entah tujuan. Kau, yang menyimpan hati setelah sekian lama, tapi baru kini bersama. Kau, pelangi yang paling cerah selama aku hidup, selepas hujan yang tak pernah berhenti. sayang, kehadiranmu amat kuhargai dan cintamu sentiasa ku nanti. Terima kasihku melangkaui jumlah manusia yang ada dimuka bumi ini, lebih daripada bintang yang begemerlapan dan pastinya lebih banyak daripada rambutku yang gugur. disebabkan anak kita. yang suka main air liur. Hehe
Suami / Daddy,
kaulah penyeri hidup kami. kau yang selalu buat mama tertawa, yang selalu geram dengan Harraz.
yang lebih sanggup meluangkan masa dengan isteri dari lepak bersama member. Yang lebih rela habiskan duit kat game daripada habis duit dan masa dengan perempuan lain. Terima kasih atas cinta ini. :')
You are the best thing that's ever been mine and marrying you is a moment that I will always cherish. I didn't cry on our wedding day. It's not because I am sad that I am no longer a 'daughter' but I'm happy because I trust you with all my heart that you can take care of me and our family. My leader, my khalifah, my love.
Thanks once again.
Jiwang sebab rindu. Entah kenapa hikhik maluuuu. Awak cepat sikit balik class. Nak gomol. Yeap terlebih manja. Asal? Lu susah ke bro? kitorang halal peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Kbye.