Happy 5months baby love

Actually lagi 3 hari baru 5 bulan tapi saja nak update awal-awal. Tadi pergi monthly check up and Harraz is doing fine Alhamdulillah. Berat dia 7.7 kilos, patutlah sampai nak patah segala tulang bila dukung dia. Achievement dia setakat ni, dia dah pandai communicate dengan orang, dia kenal mama dia, suka tersenyum sampai nampak gusi. Hehe geramnyaaaa! Bila panggil nama dia, dia senyum, dia pandang. Bila panggil putih pun dia senyum. Sebenarnya panggilan putih tu dah jadi tradition untuk family belah mak. Tok panggil paksu man putih, cik panggil hafiz putih now my turn panggil Harraz putih. Hehe kata-kata tu kan satu doa, so kita doakan agar kulit dia sentiasa putih gebu. Dia dah taknak baring dah, mungkin dia bosan. Kesian dia, dia suka berdiri, angkat kepala nak duduk bila dibaringkan, masa mengantuk, bersungguh-sungguh dia gosok muka, kesian. Dia dah pandai bagi signs kat orang, bila dia start pukul-pukul perut dia, maknanya dia nak orang salin pampers dia. Bila dia nak menguap, dia akan tahan then buat-buat sembur air liur. Bila dia mengantuk, dia akan panggil orang, mula menggedik guna high pitch macam habiskan battery sebelum tidur. Bagi diri sendiri penat baru tido. Hehe pandai anak mama ni gereeeemmmm. Setakat ni jadual tidur dia constant, dia tidur banyak mana pun siang, malam mesti tidur and hanya bangun pukul 7.30 gitu.

Seronok je compared to dulu, dulu kerap bangun, merengek, kita tak faham apa yang dia nak. Dia tak reti nak main, nak mandikan pun senang sebab tulang dia dah keras.


S e r o n o kkkkkkk