2014

Rasa macam cepat sangat masa berlalu, dah nak masuk tahun baru dah kan. Masing-masing mesti dah pasang azam, tapi I? Masih dalam perancangan. Tahun berganti tahun, azam tak pernah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Manusia, mana ada yang sempurna kan? Tapi tak pernah nak berhenti berazam. Good job. Alhamdulillah, 2013 adalah tahun yang bermakna, hidup I disinari dengan kehadiran anakanda tercinta. :)

Nak masuk 2014 ni, ada tiga issue penting yang masih perlu di seleseikan. Hehe, iaitu MyKid anakanda, BR1M dan kad nikah. Dengar cerita pengeluaran MyKid akan diberhentikan tapi taktau bila akan dikuatkuasakan. BR1M pulak, macam mana eh? I tak kerja, husband masih study. Gi mana sihhh? Kad nikah pulak masih tak buat lagi, haha. Gi mana gi mana gi mana?