Izinkan saya menyamakan air mata seorang ibu dengan susu badannya. Yang takkan berhenti mengalir untuk anak. Setiap kegembiraan, setiap kesedihan, setiap kejadian pasti memerlukan air mata. Izinkan saya menyamakan air mata seorang ibu dengan susu badannya, yang membuat anaknya menjadi manusia, menjadi kuat dan terus hidup. Setiap jam, setiap hari, setiap masa tanpa lelah dan mengenal letih ibu menyusukan anak, untuk melihat anaknya terus bernyawa. Izinkan saya menyamakan air mata seorang ibu dengan susu badannya, yang mampu mengubah nasib dan kehidupan. Izinkan saya menangis. Kerana tangisan saya ibarat susu badan.
Faham tak? Haha sendiri tulis sendiri tak faham. Kbye.