yang bernama suami,
yang tak pernah mengeji,
yang selalu di sisi,
tanpa henti.
sampai mati,
ku akan menemani,
selagi peluang diberi,
selagi nafas belum terhenti.
suami,
harap kau mengerti,
di sebalik semua ini,
ada pelangi menanti.
Pasti.
Cinta,
semoga kekal selamanya,
hingga ke syurga,
bukan sahaja dunia.
Tua,
pasti akan menjelma,
harap dapat kecapi bersama,
mengira kedutan muka.
Tangan ini hanya untuk kau genggam,
Senyuman ini hanya untuk kau nikmati.
Tawa ini hanya kau yg bisa dengar.
Hati ini hanya kau yg bisa miliki. Kebahagiaanku terletak padamu.
Kau cintaku,
Kau bahagiaku.
Kau nadiku.
Kau, milikku.
Selamanya, Bukan janji, tapi pasti.
Sekalipun takkan ku lupa.
Segala kenangan kita.
Susah senang kita tetap bersama.
Memang tidak berharta, memang tak punya apa.
Perasaan dan cinta, membuat kita kaya
Kerana nilainya jauh lebih berharga.
Kau halal untukku, dan ku halal untukmu.