Baby blues :/

Semua orang asyik ingatkan yang bukan senang nak melahirkan anak. Semua orang asyik ingatkan ada komplikasi yang bakal menanti. Semua orang asyik ingatkan untuk makan banyak-banyak. Takut takda tenaga. Hmm, perut saya tak sebesar orang lain yang sarat mengandung dan menanti hari untuk melahirkan. Orang lain mengandung makin gemuk, saya makin kurus. Darah makin kurang, dan saya jadi semakin risau. Saya dan suami seringkali bertanya sesama sendiri. Macam mana kalau na tak selamat? Macam mana kalau na tak berjaya? Macam mana kalau na mati? Seringkali soalan itu bermain di fikiran kami. Saya belum bersedia untuk meninggalkan suami saya. Saya belum puas merasakan cinta. Saya ingin merasa tua bersama dia. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan, panjangkanlah umur dan permudahkanlah urusan untuk melahirkan Muhammad Harraz Adha ke dunia dan seterusnya mendidik untuk menjadikan dia insan yang berguna kelak. Kuatkanlah semangat untuk menempuh ujian paling besar, antara hidup dan mati dan akan menjadi pengikat kasih sayang kami sekeluarga. Ya Allah, dengan kehadiran Harraz ini kau telah melipat gandakan rezeki kami, Alhamdulillah. Izinkan aku membesarkan Muhammad Harraz dengan sempurna Ya Allah. Izinkan aku terus mengukir senyuman dan menemani suamiku hingga aku tidak terdaya lagi. Kurniakanlah kepada kami sekeluarga kesihatan tubuh badan supaya kami takkan rasa kehilangan dalam masa terdekat ini. Hanya padaMu kami berserah Ya Allah. Siang malam doaku dipanjatkan padaMu agar kehadiranku terus dapat dirasakan oleh keluargaku dan kesihatan kami semua. Itu sahaja. Tidak lebih, tidak kurang. Tetapi seandainya masaku telah tiba, aku redha dan harapanku agar Muhammad Harraz Adha akan membesar dengan sempurna dan menyayangi daddynya seperti aku.

Allahu, sedihnya hati ini.