Sepantas kilat masa berlalu. Kini Ramadhan kembali. Tidak lagi sendiri, ditemani dua kekasih hati. Anak dan suami, oh indahnya duniaaaaaa wheeeeee. Countdown punya countdown lagi 5 minggu je nak beranak adoiii nervous bah. Rasa macam nak pergi hospital sekarang, doktor cepat rabakkan saya saya dah lama tunggu nak tengok anak saya ni pengubat duka peneman sepi kekuatan jiwa pengarang jantung ishh. Hekhek encik suami pasti jealous. Awak lebih dari semua itu sayang. Awak soulmate saya. Kita memang ditakdirkan untuk bersama kerana berkahwin dengan orang yg kita cinta itu impian, berkahwin dengan orang yg kita tak kenal itu jodoh dan semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin. Barang-barang nak bawak ke hospital semuanya dah siap pack. Mental dan fizikal je belum siap pack. Haha, hudoh sungguh la stretch mark kat perut ni dengan urat-urat serba biru purple hijau. Takpa, demi awak Harraz, ibu sanggup buruk. Haha. Demi awak, semua pun ibu sanggup. Encik daddy, untuk awak pun ibu sanggup buat apa saja. Kalau nak catch a grenade, suruh bruno mars je la. Hehe. Saya tak mampu. Saya hanya mampu mencuba untuk jadi yang terbaik, menjadi peneman ketika awak susah, menjadi penghibur ketika awak bersedih dan bersama awak dalam apa jua keadaan. :) Sebab saya sayang awak sepenuh hati saya dan takkan ada orang lain dapat ganti tempat awak dalam hati saya ni. Takkan ada dan takkan sama dan takkan pernah ada peluang untuk siapa pun dalam hati saya ni kecuali awak.
Masa menulis ni, baru lepas sahur sambil teringatkan suami yang jauh di mata huwaaaaa pulanglah diriku amat merindui. Suami pulang ke halaman untuk melepaskan kerinduan pada keluarga. Takpa, hari pertama tak dapat bersahur sama berbuka sama isokay ada lagi baaaaanyak hari untuk merasai semua itu. Ibu mengandung boleh eh puasa? Kalau larat boleh kan? First day ni nak cuba puasa tapi lately ni macam cepat haus and bangun tido confirm tekak bibir lidah kering. Harraz la ni kannnnnn minum semuaaaaa air yg ibu minum. Takpa, minumlahhh janji awak sihat, sedutlah semua yg ibu makan janji awak sihat. Ibu dah macam kanak-kanak somalia yg menghidap kwashiorkor haha badan kurus tetiba perut besar. Demi awak, ibu sanggup. Kejap lagi awak dah nak keluar kan. Hikkkk tak sabar. Awak jangan cengeng macam ibu dan daddy tau. Kang daddy nangis tengok awak nangis ibu pening nak pujuk dua-dua haha omeyyy en anak ibu ni dengan daddy dia.
*tak sabar nak tengok daddy dukung, azankan awak dan tenung mata awak. oh jatuh cinta lagi