Sedeyyyy Pedeyyyy

Hmm harini sedey pedey. Perasaan bercampur lalu kemurungan melanda. So entry kali ni saya akan menitiskan air mata. Tak kot? Ryena kan kuat. Hmmm hmmm hmm sebenarnya kita sedih sebab.... tengok orang semua dah grad. Dah ada diploma tapi kita ni satu habuk pun takda. Bila flashback balik, kalau go on dengan form 6 dulu dah selamat dah sekarang buat degree. Hmm. Takpun kalau belajar elok-elok kat poli pd dah nak grad dah pun. Kawan-kawan semua dah berjaya. Awak kat mana Ryena?

Saya? 

.......................................

Saya baru nak masuk semester 2 di Unisel Shah Alam, mengambil jurusan Diploma Komunikasi dan Media. Baru nak masuk semester 2? Maksudnya? Awak kan dah 20 tahun? Kenapa tertinggal?

Hmm tu lah dia. Belajar main-main. Bilalah nak habis belajar ni? Penat sedapkan hati dengan berkata perlahan-perlahan kayuh. Saya terpaksa tangguh pengajian bagi semester 2 kerana saya akan melahirkan cinta hati saya. Walaupun saya ketinggalan tetapi sekalipun tidak pernah menyesal kerana di mana saya sekarang ini dan apa jua yang saya lalui pasti ada hikmah dan ada pelangi yang menunggu di kemudian hari. Ya, saya tau saya banyak buang masa. Tetapi bagi saya, semua peluang ini amat bermakna. Jatuh bangun saya, saya sendiri. Semuanya sendiri. Duit boleh di cari tapi semua ni? Tak mungkin. 

Selepas kelahiran baby kesayangan ni, saya akan belajar bersungguh-sungguh nak habiskan diploma cepat sebab saya nak bagi anak saya masa depan yang cerah dan takkan biarkan dia buat kesilapan yang sama. 

* baru semalam husband kata nak try buat baby girl lepas pantang.

Too soon lah sayang. Bagi na habis study dulu boleh? Kesianlah kat na asyik tangguh je lama-lama otak pun slow.