Lama

Terlalu lama rasanya tak ke mari.
Busy.
Dengan cinta hati.
Maaf. :)

Jap nak decide, nak post yang emo-emo ke yang ceria? Atau keduanya? Yang ceria dululah, baru emo. Bulih?


Yang cerianya, dah jumpa hobby baru. Main dengan getah, buat benda merepek meraban yang entah boleh menjanjikan pulangan ke tak. Tapi takpa, minat ke situ mungkin. Sebagai hiasan tangan, bag. Mana tau laku ke kan. Dan dalam perancangan untuk membuka kedai, since mak dah nak pencen awal. Bolehlah kan sambil-sambil jaga cucus. Haha. Anakanda dalam perut ni dah masuk 7 bulan. Tak lama dah lagi nak muncul ke dunia. Harap dipermudahkan olehNya. Anakanda yang lagi sorang tu tengah ligat nak membesar. Kejap je dah nak masuk 10 bulan. Ya Allah rasanya macam baru semalam bawak dia balik dengan senyuman, rasa macam kepulangan yang diiringi malaikat masuk ke rumah. Dijaga dan di kawal rapi hadiah dari syurga. Dah nak masuk 10 bulan. Pejam celik pejam celik. Terlalu cepat. :/ Dah sibuk nak memanjat, dah sibuk nak berjalan. Berdiri pun belum betul dah terjengket-jengket. Paling menyentuh hati, dia nampak daddy dia nak keluar isi minyak. Dari ruang TV merangkak laju bukan main nak dapatkan daddy dia sambil membebel. Hehe mungkin dia cakap daddy ni dah malam nak keluar pergi mana bahaya tau. Anak daddy. Tapi kalau bab nangis, memang anak mama. Dramatis sungguh. Satu masa, Tok Mama dia buat susu, dah nak hulur dah kat dia and rasa macam panas sikit. So mintak tolong letakkan air masak sikit. Mulalah dia nangis mmmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa haaaahaaaahaaaaaa. Camtu tau dia nangis sila bayangkan. Pastu dah okay sikitlah, saja nak protes kot. Tok Abah dia pulak masuk. Tanya kenapa sayang. Sambung nangis maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hahaha macamlah orang tak bagi dia minum setahun. Baru seminit bro. Hehe tapi tu yang membuatkan dia comel.

Pagi ni pun, masa daddy dia nak pergi kerja. Kami bertiga turun, lepas daddy pergi baring sebelah dia jap, bagi dia minum susu. Saja membelakangi dia sebab dia jenis minum susu sukalah nak cakar muka orang, nak korek hidung orang, nak cucuk biji mata. Like nobadi bisnes. Haha. Pastu dia pun balas balik, membelakangi I. And then we fell asleep. Sampai Tok Mama dia siap nak pergi kerja. Pastu pergi taska. Sampai taska, dia taknak lepas. Pelik. Selalu okay je. Haha. Rindu mama lettewwwww. I feel so wanted and loved <3 Thankyou son.

Berbalik kepada anakanda dalam perut ni. Digembar gemburkan oleh nurse, mungkin besar. Mungkin juga mamanya kencing manis. Sudah. Tak pernah pernah ni. Mana taknya, last check berat 46kg. Haritu check 49. Naik 3 kilo dalam masa sebulan, macam drastik ke tak? Ke dramatik lebih? Dan seperti kebiasaan, darah rendah. Jauh lebih rendah. 9.6 ke 9.2 macam tu. Terus down, sebab rasanya dah cuba yang terbaik except for makan ubat tu, hehe liat sikit kadang-kadang. Boleh gelak lagi? Kau ni, bahaya untuk kau untuk baby faham tak? Ye okay faham dah berubah. Dan masa scan pun baby melintang lagi. Tapi rasanya dah pusing. Doakan semuanya selamat.

Dah sampai hujung-hujung pregnancy ni, mulalah tak sedap hati. Mulalah fikir bukan-bukan. Takut-takut dipanggil menghadap Illahi ke bersama Mirza - Anak yang baik. Tak sanggup nak tinggalkan suami serta anak yang ligat membesar tu. Bayangkan pun dah mengalir airmata. Doakan tolong doakan. Dalam masa yang sama terasa macam banyak sangat dah berdosa kat dunia ni, biar je mati syahid melahirkan anak. Tapi tak sampai hati, dan belum tentu syurga tempatku. Layakkah?

Nanti nak sediakan warkah untuk anakanda, dan warkah untuk suami tercinta.
Semoga berjumpa semula di syurga. Berempat atau lebih. Insya Allah.

:') B, doakan Na. Harraz, doakan Mama.